Roti canai Musang King RM5 jadi buruan

Roti canai Musang King RM5 jadi buruan

SHIK Khalil Abd Karim (kiri) menunjukkan durian musang king premium dari Raub yang menjadi ramuan utama menu unik roti canai yang dijual pada harga RM5 sekeping di Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang peniaga di sini mencipta kelainan dengan memperkenalkan roti canai durian Musang King pada harga RM5 sekeping, sekali gus menarik perhatian penggemar durian sempena musim raja buah itu.

Menu unik itu diusahakan Shik Khalil Abd. Karim, 48, yang menggunakan isi durian Musang King asli yang dibawa khas dari Raub, Pahang bagi memastikan pelanggan dapat menikmati rasa dan aroma sebenar buah premium ber­kenaan.

Katanya, setiap keping roti canai diisi dengan dua ulas isi durian Musang King tanpa dicampur dengan bahan lain sebelum dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Idea menghasilkan menu ini tercetus bagi memberi pe­luang kepada lebih ramai orang menikmati Musang King pada harga mampu milik selain menawarkan kelainan kepada penggemar durian.

“Ramai pelanggan terkejut apabila mengetahui harga ditawarkan hanya RM5 sekeping kerana kebiasaannya Musang King dijual pada harga lebih mahal.

“Kami mahu pelanggan rasa sendiri gabungan rasa lemak manis Musang King dengan tekstur roti canai yang rangup di luar dan lembut di dalam,” katanya.

Menu roti canai istimewa itu hanya dijual sepanjang musim durian kerana bergantung kepada bekalan.

Katanya, hingga kini sam­butan diterima amat mengga­lakkan apabila pelanggan dari luar kawasan turut datang bagi mencuba menu ditawarkan.

“Kebanyakan pelanggan mencuba buat kali pertama akan datang semula bersama keluarga dan rakan-rakan ke­rana tertarik dengan keunikan rasanya,” katanya.

Gerainya beroperasi 7 pagi setiap hari dan jualan roti canai Musang King berlangsung sehingga pukul 12 tengah hari atau sehingga habis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini