Cita rasa unik ayam gepuk Masrio - Utusan Malaysia

Cita rasa unik ayam gepuk Masrio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perjalanan membangunkan resipi ayam gepuk membawanya ke Jogjakarta, Indonesia bagi meneliti sendiri keaslian hidangan tersebut.

Sepanjang lawatan itu,  Rio Ramadhani mendalami cara penyediaan ayam dan keistimewaan sambal yang menjadi elemen utama hidangan berkenaan. 

Pengalaman tersebut turut memberinya gambaran lebih jelas tentang rasa dan teknik asal sebelum disesuaikan dengan cita rasa tempatan di Malaysia melalui pelbagai proses penyelidikan, percubaan serta penambahbaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilik Masrio ini berkata, keunikan resipnya terletak pada sambal yang mempunyai tekstur, warna dan keseimbangan rasa tersendiri sekali gus membezakannya daripada ayam gepuk lain di pasaran.

“Kami bukan sekadar menjual makanan, tetapi menawarkan pengalaman rasa yang autentik, pedas dan memuaskan. 

“Hidangan ini menampilkan ayam goreng rangup di luar dan lembut di dalam dengan sambal segar yang ditumbuk setiap hari,” katanya ketika pelancaran outlet pertama di Setia Eco Glades di Cyberjaya,  baru-baru ini.

Terdapat tiga pilihan set utama yang ditawarkan iaitu basic, enjoy dan ultimate yang berharga antara RM9.90 hingga RM19.90. 

Malah, konsep minuman tanpa had berharga RM4.80 turut diperkenalkan, dengan menampilkan empat pilihan, termasuk Teh Botol Masrio yang menggabungkan teh hitam bersama gula Melaka.

Bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaannya, Rio mengajak 10 usahawan tempatan untuk bersama-sama menjadi rakan niaga dengan modal pelaburan sebanyak RM390,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini