Tinjauan dapati majoriti rakyat Israel percaya Iran menang perang - Utusan Malaysia

Tinjauan dapati majoriti rakyat Israel percaya Iran menang perang

SEBUAH bangunan rosak akibat serangan Israel di Teheran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Majoriti rakyat Israel percaya bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, telah mengendalikan perang terhadap Iran dengan buruk, menurut satu tinjauan yang diterbitkan pada Ahad.

Majotii  rakyat Israel turut  menolak dakwaannya bahawa Israel mencapai kemenangan dalam konflik tersebut.

Kajian itu dijalankan oleh Universiti Ibrani Baitulmaqdis  antara 17 hingga 20 Jun melibatkan 3,644 peserta dan diterbitkan oleh akhbar The Times of Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil tinjauan menunjukkan 56.4 peratus responden menyifatkan pengendalian perang oleh Netanyahu sebagai gagal atau lemah, berbanding 26.5 peratus yang menilainya secara positif.

Israel dan Amerika Syarikat (AS)  melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari. Gencatan senjata sementara diumumkan pada 8 April, dan Teheran serta Washington menandatangani memorandum persefahaman pada Rabu lalu untuk menamatkan konflik tersebut.

Walaupun Netanyahu berulang kali mendakwa Israel telah mencapai keuntungan besar dan menghapuskan ancaman eksistensial, 72.5 peratus responden tidak mempercayai kenyataan itu.

Tinjauan juga mendapati 92.1 peratus percaya Iran telah memenangi perang tersebut, manakala 82.9 peratus berpendapat konflik itu telah melemahkan keselamatan jangka panjang Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini