Etnik Rohingya mahu akses kerja sah, bukan bantuan berterusan

Etnik Rohingya mahu akses kerja sah, bukan bantuan berterusan

LAPORAN Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelarian Ro­hingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem yang lebih tersusun.

Langkah itu bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah.

Aktivis Rohingya, Siras Bodiuzamal berkata, pendekatan itu perlu dilaksanakan secara terkawal dengan melibatkan pendaftaran yang jelas, semakan latar belakang dan peluang pekerjaan dalam sektor tertentu.

Katanya, dasar terlalu ketat tanpa saluran sah boleh menyebabkan pelarian terus ter­pinggir dan terdedah kepada eks­ploitasi.

“Kalau mereka terus dinafikan akses pekerjaan yang sah, risiko eksploitasi, pemerdaga­ngan manusia dan penglibatan dalam ekonomi gelap akan lebih tinggi.

“Pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian juga pen­ting bagi mengelakkan masalah sosial yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, kebimbangan rak­yat Malaysia mengenai peluang pekerjaan, perumahan, kemudahan awam dan integrasi sosial juga perlu diberi perhatian me­lalui dasar seimbang serta p­enguatkuasaan undang-undang yang adil.

“ASEAN perlu berperanan lebih aktif dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, memperkukuh rundingan dengan Myanmar dan mewujudkan mekanisme perkongsian beban antara negara anggota.

“Majoriti Rohingya mahu pulang ke tanah air sendiri jika keselamatan terjamin, hak kewarganegaraan diiktiraf dan mempunyai peluang untuk membina semula kehidupan di sana,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×