UK bekal uranium untuk stesen nuklear Ukraine

UK bekal uranium untuk stesen nuklear Ukraine

KEIR STARMER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  United Kingdom (UK) akan membekalkan uranium diperkaya kepada Ukraine untuk stesen kuasa nuklearnya dan mengenakan sekatan baharu terhadap Russia, kata Perdana Menteri UK, Keir Starmer, menjelang sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Perancis pada Selasa.

Menurut kenyataan pejabat Starmer, Britain turut mengecam ‘serangan kejam’ Russia ke atas Ukraine dan menyifatkan langkah itu sebagai usaha untuk menyekat sumber pendapatan yang membiayai perang Pre­siden Vladimir Putin.

Ini termasuk memastikan bekalan tenaga Ukraine mencukupi untuk menghadapi mu­sim sejuk akan datang.

Pejabat Starmer berkata, perjanjian tenaga itu dijangka membekalkan keperluan elektrik Ukraine untuk tempoh dua tahun.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menghadiri sidang kemuncak tujuh negara maju itu di Evian-les-Bains ketika sekutu-sekutu  Barat berusaha mengukuhkan sokongan kepada Kyiv selepas lebih empat tahun konflik.

Kehadirannya itu susulan selepas serangan peluru berpandu Russia pada awal Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang di seluruh Ukraine dan mencetuskan kebakaran di sebuah biara Ortodoks paling penting di ibu negara.

Starmer, yang berdepan tekanan dalam negara selepas menteri pertahanannya meletak jawatan minggu lalu, akan memberitahu pemimpin dalam sesi tersebut bahawa G7 harus melangkah lebih jauh untuk memastikan Ukraine memperoleh keamanan adil dan berkekalan.

“Kami akan berdiri bersama Ukraine selama mana diperlukan dan pengumuman ini mengukuhkan komitmen tersebut,” kata Starmer menerusi pejabatnya.

Sekitar 210 juta pound (RM1.14 bilion) pembiayaan eksport akan membolehkan syarikat UK, Erenco membekalkan uranium diperkaya kepada syarikat tenaga nuklear Ukraine, Energeotom, menurut kenyataan itu.

Sekatan baharu tersebut akan menyekat usaha perang Russia di pelbagai barisan hadapan dengan menyasarkan armada bayangan haram Russia serta rangkaian kewangan yang digunakan untuk mengelak sekatan, kata Starmer.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×