Aplikasi hafazan, SmART Al-Q menang lagi - Utusan Malaysia

Aplikasi hafazan, SmART Al-Q menang lagi

Ismail Salleh (kanan) bergambar bersama Pasukan Inovasi SMKA Kedah, dalam satu pertandingan dianjurkan pada 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aplikasi Hafazan Smart AQuran Memorization (SmART Al-Q) muncul top 5 dalam kalangan peserta kategori sekolah menengah pada Pertandingan International University Carnival on e-learning (IUCEL2021) baru-baru ini.

IUCEL2021 adalah anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi(JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia.

Karnival e-pembelajaran peringkat antarabangsa berlangsung secara virtual selama dua hari berakhir 16 Jun lalu. Ia bertujuan mempamerkan produk inovasi berkualiti tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi dibangunkan guru pakar tahfiz, Ustaz Ismail Salleh itu sebelum pernah merangkul sembilan pingat emas pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk Pingat Emas, Pertandingan International Industrial Revolution 4.0 Exposition, IREX 2019.

Ismail berkata pengintegrasian kaedah tradisional dan teknologi dalam hafazan merupakan satu inovasi terbaru dalam membantu pelajar mudah menghafaz, disamping membantu guru dalam melaksanakan PdPC Hifz al-Quran di sekolah yang menjalankan Kurikulum Bersepadu Tahfiz, KPM.

“Aplikasi ini menggunakan konsep pembelajaran menggunakan pancaindera seperti visual, auditori dan kinestetik,” katanya.

Ismail yang bertindak sebagai ketua pasukan inovasi sekolah, merupakan Guru Cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKA) Kedah.

Pemenang pertandigan itu dinilai berdasarkan keaslian produk inovasi, markah tasmik, persembahan pembentangan mengenai inovasi dan manfaat kepada masyarakat.

Johan Ikon Guru Inovatif Jabatan Pendidikan Kedah dan finalis Anugerah Khas Inovasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 ini memberitahu, aplikasi berkenaan dibangunkan menggunakan Adobe Flash CS6 dengan Action Script 3.0 dan mengintegrasikan Model ADDIE dan teori pembelajaran al-Qabisi (1955).

“Saya bersyukur kerana aplikasi SmART AL-Q mendapat pengiktirafan tinggi dan mengharapkan aplikasi ini dapat ditambah nilai supaya menjadi bahan bantu belajar untuk pelajar dan orang awam,” katanya.

Pencapaian SmART AL-Q:
*Pingat Emas dan Top 3 ,pertandingan International Learning Innovation Competition PIP 2019.UUM, Peringkat Antarabangsa.

*Pingat Emas, Pertandingan ‘Innovative Research Invention and Application Exhibition, IRIA UUM 2019, Peringkat Antarabangsa.

*Pingat Emas,pertandingan’ International Industrial Revolution 4.0 Exposition, IREX 2019,UiTM Merbok, Peringkat Antarabangsa.

*Pingat Emas, pertandingan,’ International EUREKA Innovation Exhibition iEIE2019, UniKL MSI Peringkat Antarabangsa.

*Pingat Emas, International University Carnival on e-learning IUCEL2021,UTLC UUM.2021, Peringkat Antarabangsa.

*Pingat Emas, Pertandingan Inovasi Darul Aman Peringkat Kebangsaan, IPG Kampus Darul Aman 2019 Peringkat Kebangsaan.

*Pingat Emas dan Anugerah Inovasi Terbaik,pertandingan Hari ICT(HICT) UiTM Pulau Pinang 2019 Peringkat Kebangsaan.

*Pingat Emas, pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition iCOMPEX2020 Polimas Peringkat Kebangsaan.

*Anugerah Khas Inovasi terbaik daripada MyRIS.

*Anugerah Khas I-ENVEX UniMAP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×