Gajah liar musnahkan tanaman di Kampung Gol

Gajah liar musnahkan tanaman di Kampung Gol

JAMALUDDIN Mahmod menunjukkan sebahagian daripada 106 batang pokok pisang yang musnah dipijak gajah liar di Kampung Gol di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Dua pekebun mengalami kerugian dianggarkan RM20,000 apabila kawanan gajah liar ‘naik minyak’ dengan memusnahkan tanaman pisang dan kelapa di Kampung Gol, mukim Tembeling Tengah di sini.

Kawanan gajah liar tersebut dipercayai antara tiga hingga empat ekor yang menceroboh masuk ke kawasan kebun dan penempatan penduduk sebanyak tiga kali selepas Hari Raya Aidiladha bermula pukul 1 pagi termasuk terakhir pada pukul 3 pagi semalam.

Pekebun, Jamaluddin Mah­mod, 56, berkata, ketika kejadian, ketika sedang tidur, salah seorang ahli keluar­ga­nya terdengar bunyi pokok pisang dipatahkan di kebun berdekatan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berjaga sehingga waktu Subuh dan tidak mampu menghalau kawanan gajah liar yang sedang memulas dan memijak batang pisang dan kelapa bimbang dengan risiko keselamatan.

“Ketika bangun pagi, saya bersama adik dan ketua kampung melihat tanaman pisang dan kelapa musnah dilanyak haiwan liar ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Jamaluddin, ekoran kejadian itu, kira-kira 106 pokok pisang dan 16 batang pokok kelapa yang sudah pun mengeluarkan hasil, diusahakan bersama di tanah milik adiknya, Mohammad Ali Awang Mahmud musnah.

“Kami berasa sedih dan kecewa kerana sudah banyak mengeluarkan modal mengusahakan tanaman komersial ini dan membayangkan hasil pendapatan dalam minggu ini tiba-tiba musnah dalam sekelip mata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini