PETALING JAYA: Rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111 bilion (RM461.70 bilion) pada 15 Jun lalu, meningkat daripada AS$110.9 bilion (RM461.29 bilion) pada Mei.
“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek,” kata bank pusat itu dalam kenyataan.
Katanya, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing berjumlah AS$102.3 bilion (RM425.52 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion/RM5.82 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR)(AS$1.2 bilion/RM4.99 bilion), emas (AS$2.1 bilion/RM8.74 bilion)) dan aset rizab lain (AS$4 bilion/RM16.64 bilion).
Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM460.87 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.19 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), – UTUSAN










