Glomac menang dua anugerah iDEA 2021 - Utusan Malaysia

Glomac menang dua anugerah iDEA 2021

FD Idzham FD Iskandar menerima anugerah Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat pada majlis Anugerah Pemaju Hartanah Cemerlang iProperty (iDEA) 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Glomac Berhad memenangi anugerah Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat dan Pembangunan Bercampur Terbaik pada Anugerah Pemaju Hartanah Cemerlang iProperty (iDEA) 2021 yang diadakan pada 25 Mei lalu.

Acara tersebut dianjurkan secara maya dan diadakan sebagai pengiktirafan pembangunan hartanah dan pemaju-pemaju ternama di negara ini. 

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Pemasaran Korporat Glomac, FD Idzham FD Iskandar menerima anugerah Pemaju Terbaik-Anugerah Pilihan Rakyat, sementara Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan, Zulkifly Garib mewakili syarikat menerima Anugerah Pembangunan Campuran Terbaik bagi projek Plaza@Kelana Jaya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pembeli, pelabur dan penyokong jenama kami yang telah membawa kepada kemenangan ini. Anugerah ini mendorong kami untuk terus bekerja keras agar terus  diiktiraf sebagai antara pemaju hartanah yang terbaik,” kata FD Idzham dalam kenyataan.

Zulkifly pula berkata, lokasi adalah antara faktor utama bagi Plaza@Kelana Jaya yang terletak berhadapan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dengan akses mudah ke jalan raya lain.

“Ciri-ciri terbaharu Plaza@Kelana Jaya juga merangkumi kemudahan bekerja atau belajar dari rumah,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelanjutan tempoh Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021 hingga Disember ini, pembeli boleh mendapat manfaat daripada projek Glomac yang mengambil bahagian dan menikmati pengecualian duti setem serta yuran guaman.

Plaza@Kelana Jaya terdiri daripada 696 unit SoHo dan 16 buah kedai kedai tiga tingkat, telah terjual sebanyak 83 peratus sehingga kini. 

Walaupun berlaku perintah henti kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 2020, projek pembangunan pegangan bebas itu yang dilancarkan pada 2018, dijangka siap pada suku kedua 2022. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×