Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Urus niaga di Bursa Malaysia ditutup rendah pada petang ini dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 16.81 mata kepada 1,572.24.

Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, penurunan itu didorong oleh kegelisahan pelabur terhadap kenyataan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat  bahawa kenaikan kadar faedah pertama akan berlaku pada 2023 berikutan pemulihan ekonomi di negara itu yang lancar.

“Pasaran indeks FBM KLCI dijangka akan berdagang dalam julat yang agak kecil sehingga minggu pertama Julai.

“Itu kerana Bank Negara Malaysia akan mengadakan mesyuarat polisi monetari mereka untuk membincangkan hala tuju kadar dasar semalaman (OPR),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dari segi kaunter, Adam memberitahu, setakat ini kaunter telekomunikasi dan media adalah antara kaunter yang menguntungkan.

Ujarnya, ia sebabkan laporan Axiata Group Berhad (Axiata), Telenor Asia Pte. Ltd. (Telenor) dan Digi.Com Berhad (Digi) yang telah memuktamadkan kajian daya maju pelaburan dan memeterai perjanjian transaksi bagi pelaksanaan cadangan penggabungan Celcom Axiata Berhad dan Digi.

Mengulas lanjut, Adam memberitahu, ringgit yang dibuka rendah dan merosot kepada RM4.1475 daripada RM4.1370 adalah akibat kegelisahan para pelabur terhadap kadar faedah pertama oleh FOMC akan berlaku pada 2023.

“Pemulihan ekonomi yang lancar di AS akan membuatkan dolar semakin kuat lalu melemahkan ringgit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×