Peneroka haram Yahudi paksa keluarga Palestin gali kubur bapa - Utusan Malaysia

Peneroka haram Yahudi paksa keluarga Palestin gali kubur bapa

ASKAR Israel mengawal kawasan perkuburan Muslim di Jenin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Belum sempat kesedihan menyelubungi keluarga selepas mengebumikan bapa mereka, Hussein yang berusia 80 tahun, Mohammed Asasa dikejutkan dengan jeritan kanak-kanak yang memaklumkan bahawa peneroka haram Yahudi sedang menggali semula kubur tersebut.

Hussein, seorang bekas peniaga ternakan dan bapa kepada 10 anak, merupakan tokoh yang sangat dihormati di kampung kecil Asasa, berhampiran Jenin, Tebing Barat. Beliau meninggal dunia Jumaat lalu akibat sakit tua.

Mengikut tradisi Islam, jenazah Hussein dikebumikan secara sederhana di sebuah tanah perkuburan yang terletak di atas bukit, bertentangan dengan rumah keluarganya.

Bagi memastikan tiada gangguan berlaku, Mohammed berkata, beliau telah mendapatkan kebenaran daripada pangkalan tentera Israel berhampiran untuk meneruskan urusan pengebumian bapanya.

Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam kemudian, Mohammed dan saudara lelakinya bergegas semula ke tapak perkuburan tersebut. Mereka mendapati sekumpulan peneroka haram Yahudi dengan sesetengahnya bersenjata sedang rakus menggali kubur baharu itu dengan peralatan berat.

Rakaman video telefon bimbit menunjukkan ahli keluarga tersebut terpaksa menggali sendiri kubur bapa mereka selepas diugut oleh peneroka haram itu yang bersenjata senapang automatik.

Mereka memberi amaran: “Sama ada kamu gali keluar jenazah ini atau kami yang akan melakukannya.”

Kumpulan peneroka tersebut mendakwa tapak perkuburan itu terletak terlalu dekat dengan kawasan penempatan mereka.

Beberapa imej lain menunjukkan detik memilukan apabila Mohammed dan saudara lelakinya mengusung jenazah bapa mereka keluar dari tanah perkuburan itu untuk dibawa ke kawasan lebih selamat. Kejadian itu diperhatikan oleh kumpulan peneroka tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×