PENERAJU pencipta kediaman sihat, CUCKOO Malaysia menawarkan periuk serbaguna berganda bertekanan tinggi, CUCKOO LHTR IH Twin Pressure Multicooker bagi memudahkan pengguna menyediakan pelbagai hidangan dengan lebih cepat dan praktikal menerusi satu peralatan.
Ditawarkan pada harga RM2,500, model tersebut turut dilengkapi teknologi Twin Pressure yang membolehkan pengguna memilih mod tekanan tinggi atau tanpa tekanan mengikut jenis masakan.
CUCKOO Malaysia berkata, menerusi fungsi tersebut, pengguna boleh menyediakan pelbagai hidangan seperti nasi, stew, sup dan masakan braise dengan tekstur lebih lembut serta sekata.
“Penggunaan tekanan tinggi sesuai untuk mempercepatkan proses memasak dan menghasilkan tekstur lebih empuk, manakala mod tanpa tekanan pula lebih sesuai untuk masakan tertentu yang memerlukan kawalan suhu lebih stabil.
“Model ini turut menawarkan dua varian iaitu LHTR06 yang lebih sesuai untuk isi rumah kecil dan sederhana, manakala LHTR10 direka untuk keluarga lebih besar serta pengguna yang kerap memasak dalam kuantiti banyak.
“Dari segi reka bentuk, produk ini mengekalkan identiti premium CUCKOO dengan paparan moden dan kemasan minimalis yang sesuai diletakkan di dapur kontemporari,” katanya kepada Utusan Malaysia.
CUCKOO LHTR06 IH Twin Pressure Multicooker dan CUCKOO LHTR10 IH Twin Pressure Multicooker bukan sekadar periuk nasi biasa, sebaliknya dilihat sebagai peralatan dapur serba guna yang menawarkan fleksibiliti memasak kepada pengguna moden.
CUCKOO LHTR06 IH Twin Pressure Multicooker
Model LHTR06 hadir dengan kapasiti 1.08 liter dan sesuai untuk isi rumah kecil kerana mampu memasak antara satu hingga enam cawan nasi bergantung kepada jenis masakan seperti nasi putih, pulut dan nasi campuran bijirin.
Dari segi penggunaan tenaga, model ini menggunakan kuasa memasak 1,090 watt dan kuasa pemanas 490 watt, sekali gus lebih menjimatkan elektrik bagi penggunaan sederhana.
Selain itu, reka bentuknya yang lebih kompak dengan berat sekitar tujuh kilogram menjadikannya lebih praktikal untuk dapur bersaiz kecil atau pengguna yang mengutamakan penggunaan ringkas.
CUCKOO LHTR10 IH Twin Pressure Multicooker
Model LHTR10 pula menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 1.8 liter dengan kemampuan memasak sehingga 10 cawan nasi.
Ia lebih sesuai untuk keluarga besar atau pengguna yang kerap memasak dalam kuantiti banyak. Namun, kapasiti lebih besar itu turut disertakan penggunaan kuasa lebih tinggi iaitu 1,455 watt untuk memasak dan 640 watt bagi fungsi pemanas.
Dari sudut reka bentuk, model ini lebih besar dengan berat sekitar 8.7 kilogram, sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kapasiti dan kepelbagaian masakan dalam jumlah lebih banyak.
Persamaan kedua-dua model
Kedua-dua model dilengkapi Teknologi Kawalan Tekanan Berkembar dengan 20 algoritma menu automatik yang memudahkan pelbagai jenis masakan dengan lebih pantas dan konsisten.
Peranti ini turut menawarkan dua mod utama, iaitu mod tekanan ultra tinggi dengan 13 program pintar untuk mempercepatkan proses memasak, serta mod haba induksi tanpa tekanan dengan tujuh program pintar bagi mengekalkan rasa, khasiat dan tekstur makanan.
Selain itu, kedua-duanya dilengkapi fungsi Dual Motion yang berfungsi mengunci wap dan tekanan untuk mengekalkan kelazatan serta kelembutan makanan ketika dipanaskan.
Dari segi kemudahan penggunaan, ia dilengkapi penutup boleh tanggal untuk memudahkan pembersihan, panel sentuhan lampu diod pemancar cahaya (LED) yang mudah dikendalikan, serta fungsi memasak tanpa penutup seperti kuali untuk fleksibiliti memasak.
Turut disertakan ialah sistem pensterilan wap automatik bagi memastikan kebersihan, serta periuk dalaman enam lapisan dengan salutan anti-lekat X-Wall yang tahan haba, tekanan, garam dan calar.
Peranti ini juga mempunyai navigasi suara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, selain sistem jimat tenaga automatik yang berfungsi mengikut keadaan pencahayaan.
Keselamatan turut menjadi keutamaan dengan 23 ciri perlindungan termasuk pengesan penutup, kawalan tekanan, sistem pelepasan wap, penderia haba, perlindungan arus lebih serta sistem penutup keselamatan automatik. – UTUSAN










