AS desak Iraq putus hubungan dengan kumpulan pro-Iran

AS desak Iraq putus hubungan dengan kumpulan pro-Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa kerajaan Iraq supaya memutuskan hubungan dengan kumpulan bersenjata yang disokong Iran, selain mengenakan sekatan terhadap beberapa pegawai Iraq susulan dakwaan hubungan dengan Teheran, menurut Jabatan Negara AS.

Langkah itu diambil selepas lebih 600 serangan dilaporkan menyasarkan fasiliti diplomatik AS di Iraq sejak bermulanya konflik yang diketuai AS dan Israel, kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara.

Antara insiden utama ialah serangan berulang menggunakan dron terhadap Pusat Sokongan Diplomatik Baghdad, sebuah hab logistik diplomatik AS, yang turut diserang pada pertengahan Mac.

Kedutaan AS di Baghdad baru-baru ini turut menggesa rakyat Amerika supaya meninggalkan Iraq, dengan memberi amaran kumpulan bersenjata masih merancang serangan lanjut terhadap warga AS dan kepentingan Amerika di seluruh negara itu.

Rakaman video yang tular menunjukkan kepulan asap dari kawasan berhampiran lapangan terbang Baghdad pada April, serta kebakaran di bumbung kedutaan pada Mac.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Negara AS turut mengumumkan sekatan terhadap Timbalan Menteri Minyak Iraq, Ali Maarij al-Bahadly, atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan untuk mengalihkan minyak Iraq bagi membantu Iran. M

Menurut jurucakap, Tommy Pigott, minyak Iran didakwa dicampur dengan minyak Iraq sebelum dijual bagi kepentingan Teheran. Beberapa syarikat dalam sektor minyak yang didakwa menyokong kumpulan bersenjata turut dikenakan tindakan sama.

Setakat ini, Kedutaan Iraq di Washington belum memberikan sebarang respons terhadap permintaan komen.

Langkah itu merupakan usaha terbaharu pentadbiran Trump untuk menguruskan peningkatan pengaruh Iran di Iraq, di mana kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Teheran, dan mahu melihat tentera AS diusir dari negara itu, semakin mendapat tempat dalam kerajaan.

Perdana Menteri yang baharu dilantik, Ali al-Zaidi, dilaporkan berada di bawah tekanan untuk mengambil tindakan tegas, termasuk daripada Presiden Donald Trump yang minggu lalu dalam satu hantaran di media sosial menyatakan harapan agar beliau ‘berjaya membentuk kerajaan baharu yang bebas daripada keganasan dan mampu membawa masa depan lebih cerah untuk Iraq’.

Pada April, AS memanggil Duta Besar Iraq ke Washington, Nizar Khirullah, di mana Timbalan Setiausaha Negara, Landau, mengecam ratusan serangan di wilayah Iraq, termasuk apa yang disifatkan AS sebagai serangan hendap terhadap diplomat Amerika pada 8 April, hari bermulanya gencatan senjata antara AS dan Iran.

Landau menegaskan, kegagalan kerajaan Iraq untuk menghalang serangan tersebut dan berkata AS ‘menjangkakan kerajaan Iraq segera mengambil semua langkah untuk membubarkan kumpulan militia yang bersekutu dengan Iran di Iraq’, menurut ringkasan pertemuan itu.

“Pada ketika ini, terdapat garis yang sangat kabur antara negara Iraq dan kumpulan ini,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara pada Selasa, dengan mendakwa beberapa elemen dalam struktur kerajaan Iraq terus memberikan perlindungan politik, kewangan dan operasi kepada kumpulan tersebut.

Pegawai itu menambah, perdana menteri memahami bahawa AS mahukan tindakan, bukan sekadar kata-kata.

Menurut pegawai tersebut, tindakan konkrit yang diharapkan Rumah Putih termasuk mengusir kumpulan tersebut, memutuskan sokongan terhadap mereka serta menghentikan sebarang pembayaran atau bantuan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×