Komander Hizbollah terbunuh serangan Israel di selatan Beirut - Utusan Malaysia

Komander Hizbollah terbunuh serangan Israel di selatan Beirut

ORANG ramai berkumpul di lokasi serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan pinggir bandar selatan Beirut di kawasan kejiranan Haret Hreik, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seorang komander kanan daripada pasukan elit Hizbollah terbunuh akibat serangan Israel di pinggir selatan Beirut kelmarin, dalam insiden pertama di kawasan itu untuk tempoh hampir sebulan, menurut sumber rapat kumpulan tersebut.

Sekurang-kurangnya 11 lagi dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berasingan di selatan dan timur Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukannya menyasarkan komander pasukan Radwan Hizbollah dalam operasi terbaharu itu.

Sumber yang rapat dengan Hizbollah memberitahu AFP, komander operasi dalam pasukan Radwan terbunuh akibat serangan tersebut.

Agensi berita National News Agency (NNA) melaporkan pesawat perang Israel melancarkan serangan yang menyasarkan kawasan Ghobeiri di pinggir selatan Beirut, merupakan kubu kuat Hizbollah.

Seorang wartawan AFP di lokasi melihat sebuah bangunan musnah teruk akibat serangan itu, manakala penduduk dilaporkan meninggalkan kawasan berkenaan sambil membawa barangan peribadi mereka.

Ramai penduduk di pinggir selatan Beirut meninggalkan kawasan itu selepas Hizbollah ‘mengheret’ Lubnan ke dalam konflik Asia Barat pada Mac dan mereka masih belum kembali walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April.

Seorang sumber keselamatan Lubnan memberitahu AFP, serangan tersebut mengenai sebuah apartmen yang dipercayai menjadi lokasi pertemuan pemimpin-pemimpin pasukan Radwan.

Beirut dan kawasan pinggir selatannya sebelum ini tidak diserang sejak 8 April, apabila serangan besar-besaran Israel di seluruh negara mengorbankan lebih 350 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×