Dua warga Indonesia dalang pemalsuan perakuan Imigresen ditahan

Dua warga Indonesia dalang pemalsuan perakuan Imigresen ditahan

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya membongkar sindiket pemalsuan perakuran (endorsement) imigresen hasil dua serbuan di ibu negara pada Selalu.

Serbuan dua lokasi kediaman di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur dan Taman Dagang, Ampang itu digerakkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula pukul 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dilakukan di dua lokasi kediaman di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur dan Taman Dagang, Ampang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, operasi khas hasil risikan selama sebulan itu berjaya menahan dua lelaki Indonesia yang dipercayai merupakan dalang sindiket.

Menurutnya, suspek didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

“Suspek bernama ‘Amir’ pernah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Jun tahun lalu atas kesalahan sama dan telah dihantar pulang ke negara asal serta disenarai hitam dalam sistem jabatan. 

“Namun, suspek dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket ialah menyediakan ‘perkhidmatan Imigresen’ dengan menawarkan endorsement masuk dan keluar JIM dipercayai palsu bagi warga Indonesia yang berada di Lembah Klang dan telah tinggal lebih masa di negara ini. 

Katanya, sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu.

Jelas Zakaria, suspek menggunakan platform media sosial untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran sebanyak RM100 hingga RM350 bagi setiap perakuan dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian. 

Menerusi serbuan itu, sejumlah Cap Keselamatan JIM dipercayai palsu, pasport Indonesia, Surat Perjalanan Laksana Pasport Indonesia, telefon bimbit, komputer riba, mesin pencetak dan  mesin pengimbas turut dirampas.

Zakaria berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959 dan 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini