Thailand berisiko alami krisis air akibat El Nino

Thailand berisiko alami krisis air akibat El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand berdepan risiko kekurangan air susulan penurunan rizab ‘sumber air’ atau bekalan simpanan yang digunakan semasa musim kemarau akibat perubahan iklim dan fenomena El Nino.

El Nino adalah fenomena iklim yang menyebabkan hujan berkurangan serta suhu menjadi lebih tinggi di rantau tersebut.

Data daripada agensi air menunjukkan terdapat kawasan berisiko di seluruh Thailand, manakala Institut Alam Sekitar Thailand (TEI) berkata penyesuaian sistemik di bawah Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) Thailand mesti dipercepatkan untuk menangani situasi yang mungkin menjadi lebih teruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, dunia sedang menuju ke arah ‘kebankrapan air global’ kerana sumber air digunakan melebihi keupayaan ekosistem untuk menampungnya.

Sebanyak 70 peratus daripada sumber air bawah tanah utama dunia menunjukkan penurunan paras air secara kekal, menjejaskan hampir dua bilion penduduk, manakala kawasan tanah lembap di seluruh dunia turut berkurangan sebanyak 4.1 juta kilometer persegi.

Selain iu, glasier di seluruh dunia juga mengecil lebih 30 peratu sejak 1970.

Kira-kira 50 peratus pengeluaran makanan global berlaku di kawasan yang mempunyai sumber air tidak stabil.

Situasi ini mencerminkan hubungan jangka panjang antara sumber air, ekosistem dan keselamatan makanan.

Thailand berdepan risiko kekurangan air yang pelbagai dimensi di seluruh negara.

Pejabat Sumber Air Negara menganggarkan pada musim kering 2025/2026, Thailand berdepan risiko kekurangan air untuk kegunaan domestik di 41 wilayah, risiko kekurangan air pertanian di 12 wilayah, serta risiko kualiti air di 22 lembangan sungai utama.

Kawasan yang berada dalam pemantauan termasuk bahagian timur Bangkok serta wilayah Nonthaburi dan Samut Prakan, di mana pencerobohan air masin boleh menjejaskan pengeluaran air paip.

Orang ramai mungkin berdepan ketidakpastian dalam mendapatkan bekalan air bersih, sektor pertanian pula berisiko mengalami penurunan hasil, manakala perniagaan khususnya industri yang menggunakan banyak air berkemungkinan menghadapi kekangan sumber.

Bagi sektor kerajaan, kecekapan pengurusan air perlu dipertingkatkan dalam jangka masa pendek dan panjang bagi menghadapi turun naik bekalan yang semakin kerap dan lebih teruk.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×