India naikkan harga gas memasak, bahan api jet - Utusan Malaysia

India naikkan harga gas memasak, bahan api jet

SEORANG penduduk menunggu giliran untuk mengisi semula tong gas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India pada Jumaat mengumumkan kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) komersial dan bahan api jet bagi syarikat penerbangan antarabangsa.

Ia dibuat  berikutan tekanan bekalan yang semakin meruncing akibat konflik peperangan Iran di Asia Barat.

Menurut syarikat tenaga milik kerajaan, Indian Oil Corporation Limited (IOCL), penyelarasan harga tersebut dibuat ketika negara Asia Selatan itu bergelut dengan kebergantungan tinggi terhadap tenaga import.

Kebergantungan itu termasuk hampir 60 peratus keperluan LPG untuk kegunaan populasi terbesarnya di dunia.

Sejak konflik di Asia Barat tercetus pada akhir Februari lalu, rantaian import tenaga negara itu mula terganggu.

Gangguan itu memaksa New Delhi mengambil langkah drastik bagi memastikan sektor isi rumah dan perkhidmatan penting terus menerima bekalan yang mencukupi.

Berdasarkan carta harga terbaharu yang dikeluarkan IOCL, harga silinder LPG seberat 19 kilogram untuk kegunaan komersial naik sebanyak 993 rupee (RM41.56).

Kenaikan tersebut menyaksikan lonjakan hampir 48 peratus di ibu negara New Delhi.

Kadar kenaikan di bandar-bandar lain pula dilaporkan berbeza mengikut levi tempatan masing-masing.

Peningkatan mendadak itu dijangka memberi tamparan hebat kepada pengusaha restoran dan sektor pembuatan yang kini sebahagian besarnya sudah mula mengecilkan skala operasi mereka sejak tercetusnya peperangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN