10 sukarelawan GSF 2.0 tiba di Istanbul, 2 masih ditahan

10 sukarelawan GSF 2.0 tiba di Istanbul, 2 masih ditahan

SERAMAI 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai GSF 2.0 diculik di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, dilaporkan selamat tiba di Turkiye.

Menerusi perkongsian di Facebook Rahmat Sumud Nusantara, pesawat yang membawa kesemua sukarelawan itu mendarat di Istanbul kira-kira pukul 3 pagi semalam.

“Alhamdulillah ayahanda Ha­ji ZRA Strim dan 180 sukarelawan sudah selamat mendarat di Istanbul pukul 3 pagi selepas diculik IOF di perairan antarabangsa.

“Keputusan sama ada mereka akan meneruskan pelayaran atau pulang akan ditentukan oleh jawatankuasa pemandu steering committee Sumud Flotilla,” katanya.

Dalam pada itu, Rahmat berkata, dua lagi sukarelawan masih ditahan tentera rejim dan menggesa orang ramai terus menunjukkan solidariti terhadap semua sukarelawan terlibat.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai GSF 2.0 diculik di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete telah dibebaskan di Pelabuhan Lera Petra kelmarin.

Ketua Pengarah Sumud Nu­santara Command Center (SN­CC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, kesemua aktivis terbabit dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan pihak Greece.

Beliau berkata, Kerajaan Tur­­kiye menyediakan pesawat ber­kapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganya.

Katanya, kerajaan Turkiye turut mempelawa mana-mana aktivis GSF untuk menaiki pe­nerbangan berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia sebelum dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada pukul 11.45 malam waktu Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×