UMNO perlu ubah strategi - Mohamad

UMNO perlu ubah strategi – Mohamad

MOHAMAD Hasan pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Strategi pilihan raya UMNO tidak boleh lagi terikat dengan formula lama, sebaliknya perlu disesuaikan de­ngan realiti semasa.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendekatan itu bukan satu kelemahan, sebaliknya kekuatan kerana ia memberi ruang kepada parti menyesuaikan strategi mengikut keadaan semasa.

Katanya, UMNO perlu membaca sentimen rakyat, menilai kekuatan lawan serta menyusun pendekatan yang lebih relevan dengan perkembangan semasa.

“Dalam politik moden, fleksibiliti adalah senjata. Pilihan raya hari ini bukan lagi sekadar ceramah, tetapi melibatkan analisis dan data.

“Calon yang dipilih mesti berintegriti, boleh menang dan dekat dengan rakyat,” katanya berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam.

Beliau berkata, matlamat utama parti itu adalah untuk mengembalikan UMNO sebagai parti dominan dalam negara, namun kejayaan tersebut memerlukan usaha berterusan.

“Matlamat kita jelas, iaitu untuk mengembalikan UMNO sebagai parti dominan dalam negara. Namun, kemenangan tidak datang dengan sendiri. Ia memerlukan disiplin, strategi dan kesatuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×