Sinner dikerah sebelum mara

Sinner dikerah sebelum mara

Jannik Sinner membalas bola pukulan Rafael Jodar dalam aksi Terbuka Madrid di Caja Magica, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Dominasi Jannik Sinner di pentas Terbuka Madrid bukan sekadar kemenangan rutin, sebaliknya satu peringatan jelas bahawa pemain No.1 dunia itu semakin hampir mencipta legasi luar biasa di gelanggang tanah liat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beraksi dalam suasana penuh tekanan menentang pemain wildcard muda Rafael Jodar, Sinner dipaksa bekerja keras sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan straight set 6-2, 7-6(0) dalam aksi suku akhir.

Apa yang membezakan pemain Itali berusia 24 tahun itu bukan sekadar pukulan tajam, tetapi ketenangan taktikal ketika berdepan detik genting apabila menyelamatkan lima mata break dalam set kedua.

“Dia benar-benar menolak saya ke had maksimum, dia pemain yang luar biasa dan saya sangat gembira dengan tahap perlawanan ini.

“Saya fikir ini antara perlawanan berkualiti tinggi yang saya harungi musim ini dan ia beri saya keyakinan besar untuk langkah seterusnya,” kata Sinner,

Di sebalik skor yang kelihatan selesa, Jodar sebenarnya hampir mencuri momentum apabila mendahului tekanan pada kedudukan 3-3 dan 4-2 dalam set kedua sebelum pengalaman Sinner menjadi pemisah utama.

Momentum sebenar berubah apabila Sinner meraih 11 mata berturut-turut, satu lonjakan psikologi yang mematahkan semangat pemain muda Sepanyol itu sebelum mendominasi tie-break tanpa memberi ruang langsung.

Menanti di separuh akhir ialah Arthur Fils yang sedang panas dengan sembilan kemenangan berturut-turut, menjanjikan pertembungan aksi yang mantap. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini