Harga komoditi makanan, tenaga naik di Indonesia kerana perang - Prabowo - Utusan Malaysia

Harga komoditi makanan, tenaga naik di Indonesia kerana perang – Prabowo

PRABOWO mahu Indonesia memperkukuhkan asas ekonomi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia perlu segera memperkukuh asas ekonominya dan mengurangkan kesan konflik global terhadap ekonomi negara, kata Presiden Prabowo Subianto.

Beliau merujuk kepada konflik di Ukraine, Gaza dan ketegangan yang meningkat di Asia Barat akibat perang Amerika Syarikat (AS)-Iran, yang telah mencetuskan kenaikan harga komoditi makanan serta tenaga di pasaran domestik.

“Apa yang berlaku di bahagian dunia yang jauh memberi kesan kepada kita. Apa yang berlaku di Ukraine memberi kesan kepada kita, ia memberi kesan kepada harga jagung, gandum dan minyak,” kata Prabowo ketika menghadiri majlis pelancaran projek hiliran di Cilacap, Jawa Tengah, pada Rabu.

Beliau menggesa masyarakat supaya bekerjasama menjaga keamanan agar Indonesia tidak menjadi negara yang musnah akibat perang seperti Lubnan, Sudan, Somalia, Yemen dan Afghanistan.

“Keamanan itu sangat mahal, marilah kita melindungi negara kita,” kata Prabowo.

Menurut beliau, nasionalisme dan perpaduan merupakan perisai utama terhadap kuasa besar atau hegemoni dunia yang berusaha menguasai sumber semula jadi negara lain.

Prabowo percaya bahawa negara yang tidak berani mengurus sumber semula jadinya sendiri akan terus terperangkap dalam kemiskinan dan bergantung kepada rantaian perdagangan global.

Presiden Indonesia itu turut mengajak teknokrat, saintis dan sektor industri untuk bekerjasama dalam mengekalkan kedaulatan ekonomi negara di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin kompleks. – ANTARA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×