20 hektar hutan paya gambut di Rhu Batil, Dungun terbakar

20 hektar hutan paya gambut di Rhu Batil, Dungun terbakar

PASUKAN bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan paya gambut di Kampung Rhu Batil, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Perbuatan pembakaran terbuka yang tidak terkawal oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menjadi punca kebakaran kira-kira 20 hektar kawasan hutan paya gambut di Kampung Rhu Batil, di sini, terbakar sejak Sabtu lalu.

Sehingga petang ini, pasukan bomba dan penyelamat dapat memadam sebanyak 11 hektar kawasan yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba II, Yahaya Hanafi berkata, pasukan bomba bertungkus-lumus memastikan api tidak merebak ke kawasan hutan simpan berhampiran dan perkampungan penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menolak kebakaran ini berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

“Kita berdepan dengan beberapa kesukaran untuk memadam kebakaran ini berikutan faktor cuaca panas dan kering mempercepat penyebaran api,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Yahaya, keadaan tanah yang lembut menyukarkan akses logistik ke lokasi kebakaran dan komposisi tanah gambut memudahkan pembakaran berlaku di bawah tanah.

“Kita juga berdepan kesukaran mendapatkan sumber air di kawasan ini. Kita terpaksa membuat telaga takungan dan mengepam air dari parit yang terletak kira-kira 200 meter dari telaga takungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini