‘Saya mahu cepat sembuh, cari nafkah anak, isteri’

‘Saya mahu cepat sembuh, cari nafkah anak, isteri’

SITI Nur Azia Mohd. Rahim melihat tangan kiri Norull Habibul Annuar Ahmad akibat penyakit gout kronik di Taman Seri Mangga Pokok Mangga. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Kalau boleh, saya mahu sembuh… hendak kerja balik, cari nafkah untuk sara anak bini,” demikian luah No­rull Habibul Annuar Ahmad, 42, dari Taman Seri Mangga, di sini selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan gout kronik.

Penyakit dialaminya itu menyebabkan beliau bukan sahaja berdepan kesakitan berpanja­ngan, malah hilang keupayaan untuk bekerja seperti biasa, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan keluarga.

Annuar berkata, keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga ada ketikanya hanya terlantar menahan sakit, selain sukar untuk bergerak akibat komplikasi penyakit ber­kenaan.

Sebelum ini, beliau bekerja sebagai penyelia tapak pem­binaan selama lapan tahun, namun terpaksa berhenti selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesihatannya terus merosot.

Kini, isterinya, Siti Nur Azia Mohd Rahim, memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama keluarga dengan bekerja di sebuah kedai gun­ting rambut dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Pendapatan itu digunakan bagi menampung perbelanjaan harian serta komitmen keluarga termasuk membesarkan tiga anak mereka iaitu Tuah Anaqi, 7, Jebat Aryan, 4, dan Lekir Ahmad, 3, yang masih kecil.

Annuar berharap ada bantuan dan sokongan pihak berkaitan dan masyarakat bagi meringankan beban ditanggung keluarganya.

Keluarga ini hanya menum­pang di rumah majikan isterinya di Taman Seri Mangga, Pokok Mangga di sini selepas tidak lagi mampu menampung kos kehidupan seperti sebelum ini.

“Pemilik tempat isteri saya bekerja memberi kami duduk rumah secara percuma dengan segala peralatan rumah mereka sediakan kami hanya masuk membawa pakaian sahaja,” katanya.

Katanya, antara kebimba­ngan terbesar adalah masa depan anak-anaknya, terutama daripada segi pendidikan dan ke­perluan asas.

“Yang penting bagi saya sekarang anak-anak dapat makan, pakai dan pelajaran. Saya cuma nak tengok mereka membesar dan berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×