Bangkit selepas sarang kelulut musnah banjir

Bangkit selepas sarang kelulut musnah banjir

MOHD. Noor Majid melihat sarang kelulut diusahakan di Kampung Tasik Pasir Akar, Besut, Terengganu. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Meskipun pernah diuji dengan kerugian selepas sarang kelulut diusahakan musnah akibat bencana alam, seorang warga emas tidak berputus asa dan bangkit meneruskan usaha penternakan madu kelulut.

Mohd. Noor Majid, 61, dari Kampung Tasik Pasir Akar di sini berkata, banjir dua tahun lalu memusnahkan 50 daripada 70 sarang kelulut yang diusahakan di tanah seluas 0.4 hektar di belakang rumahnya.

“Ketika kejadian itu, saya seolah-olah ‘terduduk’ melihat usaha dijalankan sejak hampir lima tahun lalu hilang sekelip mata,” katanya.

Beliau bangkit semula dengan memulihkan baki sarang yang ada melalui kaedah pecahan koloni baharu bagi memastikan perniagaan madu kelulut kembali beroperasi seperti biasa.

Meskipun mengambil masa lebih setahun, usaha itu membuahkan hasil apabila jumlah sarang berjaya ditambah semula sehingga mencecah 50 buah dan mampu menghasilkan 10 hingga 15 kilogram madu sebulan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung permintaan pe­langgan yang mencecah se­hingga 25 kilogram sebulan.

Madu kelulut mempu­nyai pelbagai khasiat, antara­nya meningkatkan te­naga, ­merawat luka dan melegakan batuk atau sakit tekak.

Tuaian madu hanya boleh dilakukan sekali sebulan, namun penghasilan bergantung kepada keadaan cuaca yang turut mempengaruhi produktiviti kelulut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×