Sempena Aidilfitri ini, eratkan silaturahim melalui detik-detik istimewa bersama insan tersayang.
Sebagai pelengkap tradisi kunjung-mengunjung dan jamuan perayaan, Ferrero Rocher menawarkan pilihan coklat premium yang dipilih dengan teliti.
Ia sesuai dijadikan buah tangan, dihidangkan kepada tetamu atau dinikmati bersama sepanjang Syawal.
Hadir dalam kemasan rona emas elegan, Ferrero Rocher T24 ialah pilihan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran, sesuai dibawa ketika beraya atau sebagai tanda ingatan yang penuh makna.
Setiap praline menghidangkan sebiji kacang hazel penuh yang dipanggang, inti lembut berkrim, salutan coklat susu yang halus dan cebisan hazel rangup.
Gabungan padu ini menghasilkan rasa mewah yang menjadikan setiap pemberian itu terasa lebih istimewa.
Ferrero Rocher T30 pula direka untuk memeriahkan lagi suasana rumah terbuka dan pertemuan bersama sanak saudara.
Kuantitinya yang lebih banyak memudahkan tuan rumah untuk menyajikan hidangan kepada tetamu.
Sebagai jenama yang sinonim dengan keceriaan dan pemberian penuh makna, Ferrero turut memperkenalkan rangkaian terbaharunya, Raffaello T3 dan T15, bersama Ferrero Collection T3.
Raffaello menampilkan gabungan kelapa rangup, krim halus dan sebiji badam penuh di tengah-tengahnya.
Sementara itu, Ferrero Collection adalah himpunan eksklusif Ferrero Rocher, Raffaello dan Ferrero Rondnoir kini hadir dalam format T3 yang anggun, menawarkan pilihan berkelas untuk dinikmati sendiri pada saat-saat istimewa.











