Aslam pernah dua kali lafaz cerai, rujuk Marissa Danial Hakim

Aslam pernah dua kali lafaz cerai, rujuk Marissa Danial Hakim

AHMAD Aslam Kasyfun Nazir Rashid (kiri) bersama Marissa Dania Hakim hadir untuk pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Marissa Dania Hakim sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza.

Peguam syarie mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, lafaz cerai pertama berlaku sekitar September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama.

Katanya, lafaz kedua pula dibuat pada April 2025 sebelum rujuk semula pada Jun tahun sama.

Menurutnya, dakwaan bahawa anak guamnya memfailkan perceraian adalah tidak tepat, sebaliknya hanya mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah.

“Apabila disebut pengesahan, ia bermaksud lafaz cerai dan rujuk telah berlaku di luar mahkamah dan perlu disahkan di hadapan hakim bagi menentukan kesahihannya,” katanya semalam.

Katanya, permohonan tersebut difailkan pada 10 Mac lalu bagi menentukan status sebenar hubungan pasangan itu sama ada masih sah sebagai suami isteri atau sebaliknya.

Mengulas kelewatan memfailkan permohonan tersebut, Ammar Yaser menjelaskan ia berpunca daripada komplikasi dokumentasi memandangkan perkahwinan pasangan itu dilangsungkan di luar negara.

Sementara itu, Aslam enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangganya.

“Maaf, saya tiada apa-apa mahu dikomen. Doakan yang baik-baik. Akan ada penangguhan. Untuk hari ini, semuanya sudah selesai. Terima kasih,” katanya.

Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, hadir ke mahkamah bersama Marissa dengan berpakaian sedondon, namun kedua-duanya memilih untuk tidak memberikan kenyataan lanjut.

Pasangan itu mencetuskan perhatian ramai selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 dan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu bapanya, pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×