Cklamovski sasar Harimau Malaya 100 terbaik dunia   

Cklamovski sasar Harimau Malaya 100 terbaik dunia   

Peter Cklamovski memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Malaya selepas sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal memimpin Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2027, jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski mengakui memerlukan masa tambahan bagi mencapai sasaran kedua yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Membawa Harimau Malaya ke kelompok 100 terbaik dunia antara sasaran yang ditetapkan kepada jurulatih dari Australia itu selepas dia memulakan tugas rasminya pada 1 Januari 2025.

Bagaimanapun, tugas berat menantinya selepas ranking Harimau Malaya terperosok jatuh di kedudukan ke-135 daripada tangga ke-121 ekoran keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membatalkan dua kemenangan ke atas Vietnam dan Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027.

Situasi itu tidak mendatangkan kegusaran kepada Cklamovski sebaliknya, dia optimis untuk memastikan Harimau Malaya berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik di dunia.

“Langkah demi langkah, ya boleh dan (perlukan) masa,” katanya.

Cklamovski turut mengingatkan setiap kisah kejayaan pasti ada cabaran dan pengalaman negatif yang boleh dijadikan pembakar semangat.

“Jelas sekali dalam tempoh 12 bulan terakhir ini kami berada di landasan yang betul, sekali lagi segala-galanya kami boleh kawal.

“Cara kami berlatih, cara kami bermain, cara kami menganalisa lawan, cara kami menganalisa bola sepak, kami boleh terus mengembangkan bola sepak. 

“Segala-galanya yang kami kawal, kami lakukan dengan betul. Jadi, perkara-perkara di luar (padang) telah mempengaruhi kami. Saya percaya setiap kisah yang hebat ada perkara negatif jadi kami perlu menggunakannya (pembakar semangat),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×