Wanita diarah bayar semula RM452,000 kepada bekas suami - Utusan Malaysia

Wanita diarah bayar semula RM452,000 kepada bekas suami

MAHKAMAH Dubai memerintahkan seorang wanita membayar pampasan berjumlah RM452,000 kepada bekas suaminya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Mahkamah Dubai memerintahkan seorang wanita membayar pampasan berjumlah Dh421,848.38 (RM452,000) kepada bekas suaminya selain faedah undang-undang tahunan sebanyak lima peratus susulan pertikaian hak milik hartanah yang dibeli bersama semasa tempoh perkahwinan mereka.

Kes ini melibatkan sebuah unit kediaman di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)  yang dibeli pasangan terbabit pada Januari 2017 dengan harga Dh1.45 juta (RM1.55 juta). 

Pembelian tersebut dibiayai melalui pinjaman perumahan berjumlah Dh1.05 juta (RM1.66 juta) dengan tempoh bayaran balik sehingga Mac 2042. Hartanah itu didaftarkan atas nama kedua-dua pihak sebagai pemilik bersama dengan bahagian yang sama rata.

Menurut rekod mahkamah, pasangan tersebut telah bercerai melalui penghakiman muktamad pada tahun 2022. 

Susulan perceraian itu, bekas suami memfailkan saman pada Januari 2026 dengan mendakwa bahawa beliau telah membiayai sepenuhnya pembelian hartanah berkenaan menggunakan dana peribadinya sendiri.

Bekas suami itu menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau telah membayar Dh400,000 (RM428,000) kepada pemilik asal, Dh58,000 (RM62,000) untuk yuran pendaftaran dan Dh385,696 (RM413,000) bagi ansuran pinjaman perumahan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang dibayarnya adalah Dh843,696 (RM904,000).

Beliau berhujah bahawa bekas isterinya tidak memberikan sebarang sumbangan kewangan dan memohon mahkamah untuk membatalkan geran hak milik sedia ada serta memindahkan pemilikan penuh kepadanya. 

Sebagai alternatif, beliau menuntut bayaran balik bagi bahagian bayaran yang sepatutnya ditanggung oleh bekas isterinya, termasuk ansuran pinjaman masa hadapan dan faedah undang-undang. 

Pertikaian ini telah melalui beberapa fasa perundangan yang panjang. Pada 2022, pakar yang dilantik mahkamah mengesahkan bahawa pihak suami sememangnya telah membuat kesemua pembayaran berkaitan hartanah tersebut. 

Sebelum ini,  kes itu pernah ditolak di beberapa peringkat mahkamah. Namun, mahkamah sivil akhirnya membuat keputusan yang memihak kepada tuntutan bekas suami tersebut. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN