Balik raya naik ETS lebih selesa - perantau

Balik raya naik ETS lebih selesa – perantau

HAMIZAH Ayob Izaruddin.- UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang baharu beroperasi di Stesen JB Sentral sejak 12 Disember lalu menjadi pilihan utama perantau untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan Aidilfitri ini.

Seorang kakitangan kerajaan, Hamizah Ayob Izaruddin, 35, berkata, dia membeli tiket ETS ke Kuala Lumpur sejak awal Ramadan lalu kerana mahu mencuba pengangkutan awam baharu itu.

“Aidilfitri tahun lepas saya pulang ke Kuala Lumpur dengan memandu kenderaan sendiri, tempoh perjalanan antara empat hingga lima jam. Jadi tahun ini saya pilih naik ETS untuk balik kampung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya buat keputusan itu bagi mengelakkan kesesakan dan juga untuk merasai pengalaman baharu. Pastinya ia lebih selesa kerana saya boleh berehat sepanjang perjalanan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Hamizah berkata, tambang ETS berbaloi dibandingkan dengan memandu kenderaan sendiri yang memerlukan kos minyak kenderaan serta bayaran tol.

Sementara itu, pegawai operasi di pelabuhan di Pasir Gudang, Arif Noor Zaman, 28, pula memberitahu, ini kali kedua dia menaiki ETS dari JB Sentral untuk pulang ke kampung halamannya di utara tanah air.

“Biasa kalau memandu kereta sendiri atau naik bas, perjalanan ambil masa sehingga 12 jam atau lebih. Tetapi naik ETS hanya sembilan jam, jadi lebih singkat dan selesa kerana saya tidak perlu memandu sendiri.

“Cuma tiket ke Kedah sudah habis jadi kali ini saya naik ETS sehingga Butterworth sebelum menaiki tren lain ke Kedah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini