Hajratun Bibi teruja sambut anak cucu balik beraya

Hajratun Bibi teruja sambut anak cucu balik beraya

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan pada wajah Hajratun Bibi Mohd. Ali, 73, yang menyambut kepulangan anak dan cucunya bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri.

Sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah bagi keluarga beliau apabila semua lapan anak serta menantu termasuk 14 cucunya dapat berkumpul bersama menyambut lebaran di kampung halaman di Arau di sini.

Malah, keluarga berkenaan juga sibuk bergotong-royong dan membahagikan tugas menyediakan juadah hari raya khususnya nasi beriani dan rendang yang menjadi menu wajib setiap kali menyambut Aidilfitri.

“Anak dan menantu mula pulang sejak kelmarin dan masih ada yang bakal tiba di kampung halaman pada petang dan malam raya.

“Setiap tahun pada hari perayaan, rumah kami sangat meriah dengan kunjungan sanak-saudara dan jiran-jiran,” katanya kepada Utusan Malaysia sambil melayan cucu-cucunya yang baru tiba di kampung.

Sementara itu, anak kelima Hajratun Bibi, Syed Faisal Syed Alwi, 42, berkata, suasana beraya di rumah ibunya cukup meriah dengan lebih 20 orang melibatkan anak, menantu dan cucu yang berkumpul meraikan Aidilfitri.

Katanya yang tiba dari Kuala Lumpur kelmarin, dia bakal menghabiskan cuti seminggu sempena perayaan di kampung halaman.

“Persediaan menyambut lebaran terus digiat dilakukan dengan kami membahagikan tugas sesama adik beradik untuk menyiapkan juadah dan mengemas rumah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×