Penduduk Kampung Papan kemuka enam tuntutan

Penduduk Kampung Papan kemuka enam tuntutan

PENDUDUK Kampung Papan mengadakan protes di hadapan pejabat TPPT di Kuala Lumpur, hari ini bagi menuntut penyelesaian isu perumahan yang berlarutan lebih 20 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Papan mengemukakan enam tuntutan utama kepada Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) bagi menyelesaikan isu perumahan yang didakwa berlarutan lebih 20 tahun.

Timbalan Presiden Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, penduduk mengemukakan enam tuntutan kepada TPPT termasuk meminta agensi berkenaan campur tangan secara langsung bagi memastikan matlamat asal pembinaan rumah untuk peneroka kampung tersebut dilaksanakan.

Beliau berkata, penduduk juga menuntut supaya TPPT sendiri membina perumahan berkenaan dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“TPPT jangan cuci tangan kerana kerajaan Selangor sebelum ini telah mengarahkan supaya rumah yang masih berpenghuni tidak boleh dirobohkan, namun rumah tersebut tetap dirobohkan,” katanya ketika ditemui pada protes di hadapan pejabat TPPT di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 20 rumah di Kampung Papan terlibat dalam proses pengosongan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh pemaju.

Bagaimanapun, proses tersebut mencetuskan kekecohan apabila beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama penduduk membantah dan menghalang kerja perobohan.

“Kami mahu TPPT bertanggungjawab sebagai pemaju perumahan dan melaksanakan sendiri pembinaan rumah untuk penduduk, bukannya menyerahkan kepada pihak lain sehingga menimbulkan pelbagai masalah,” katanya.

Menurutnya, penduduk turut mendesak agar TPPT kembali kepada keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 26 Februari 2018 yang bersetuju membina rumah teres dengan harga RM99,000 kepada peneroka.

“Kami menuntut supaya TPPT kembali kepada keputusan yang telah dipersetujui kerajaan negeri sebelum ini kerana perkara itu sudah dipersetujui semua pihak.

“Penduduk juga menuntut bayaran ganti rugi kepada 29 pemilik rumah yang didakwa dirobohkan secara paksa selain mencadangkan audit bersama antara TPPT, kerajaan negeri dan jawatankuasa penduduk bagi memastikan hanya peneroka asal menerima rumah gantian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini