Hidupkan semula takbir raya keliling kampung

Hidupkan semula takbir raya keliling kampung

ARIPIN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Generasi muda perlu menghidupkan kembali tradisi takbir raya dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kini semakin tenggelam dalam arus kehidupan moden.

Budayawan dan penulis terkenal, Datuk Dr. Aripin Said berkata, tradisi itu bukan sahaja menghidupkan syiar Islam malah mengeratkan ukhuwah dan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, suasana malam raya pada era 1950-an hingga awal 1980-an cukup meriah apabila seluruh penduduk kampung berkumpul selepas menunaikan solat Isyak sebelum bergerak beramai-ramai dari rumah ke rumah sambil melaungkan takbir memuji kebesaran Allah SWT.

“Selalunya hanya tiga atau empat rumah dipilih untuk diziarahi atau atas permintaan tuan rumah. Sepanjang perjalanan kami bertakbir dan berselawat sehingga tiba di rumah yang dituju.

“Apabila sampai, kami bertakbir bersama sebelum tuan rumah menghidangkan juadah ringkas sebagai tanda meraikan tetamu,” katanya.

Aripin berkata, kemeriahan malam raya pada masa itu turut diserikan dengan cahaya pelita panjut yang dipasang di halaman rumah dan sepanjang jalan kampung secara gotong-royong oleh penduduk.

“Surau dan masjid juga dihiasi pelita sehingga seluruh kampung kelihatan bercahaya dari waktu Maghrib hingga menjelang pagi raya. Kanak-kanak, remaja, orang dewasa hingga warga emas semua ambil bahagian masing-masing. Kami berjalan sambil bertakbir dengan penuh semangat.

“Suasana itu memperkukuh hubungan sesama jiran kerana semua orang saling mengenali dan hidup dalam semangat muafakat,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×