Pemeriksaan, kawalan stesen minyak sempadan dipertingkat - Utusan Malaysia

Pemeriksaan, kawalan stesen minyak sempadan dipertingkat

MOHD Asri Mat Hassan (dua dari kiri) meninjau harga barangan semasa program walkabout pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2026 di Pasar Besar Sena, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemeriksaan dan kawalan di stesen-stesen minyak sekitar negeri ini terutama berhampiran sempadan dipertingkatkan bagi mengelak penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi susulan harga bahan api tersebut melonjak akibat konflik perang Asia Barat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Mohd Asri Mat Hassan berkata, pada masa ini, penjualan petrol RON95 dan diesel di negeri ini buat kenderaan bernombor pendaftaran asing khususnya dari Thailand masih menunjukkan corak sama dan tiada lonjakan ketara.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan secara berkala melibatkan enam buah stesen minyak yang beroperasi berdekatan dengan kawasan sempadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemantauan di stesen-stesen minyak sekitar negeri ini turut mendapati pembelian harian dan bulanan bahan bakar itu masih sama seperti biasa.

“Untuk pembelian petrol dan diesel bagi bukan warganegara, terdapat dua stesen minyak tanpa subsidi di negeri ini. Jadi mereka yang bukan warganegara boleh isi di stesen tanpa subsidi itu atau mana-mana stesen biasa.

“Untuk stesen minyak biasa pula, kenderaan asing atau Thailand hanya dibenarkan untuk isi sebanyak 20 liter dan dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan,” katanya ketika ditemui selepas program walkabout pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasar Besar Sena di sini hari ini.

Thailand sebelum ini dilaporkan sedang mempergiat rundingan untuk mendapatkan bekalan minyak tambahan daripada sumber di luar wilayah teluk bagi mengimbangi sebarang potensi kekurangan bekalan susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan negara itu, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, Thailand pada masa ini mempunyai rizab minyak yang mencukupi untuk penggunaan selama 98 hari.

MOHD Asri Mat Hassan (dua dari kiri) meninjau harga barangan semasa program walkabout pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2026 di Pasar Besar Sena, Kangar, Perlis, hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini