Gadis ditemukan meninggal dunia di bilik kolej

Gadis ditemukan meninggal dunia di bilik kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN : Seorang pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di dalam biliknya di sebuah kolej di Gambang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Nur Alia Liyana Ya, 19,  dari Kampung Teluk Baru, di sini, ditemukan tidak sedarkan diri oleh pengurusan kolej kira-kira pukul 10.37 pagi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi kejadian sebelum itu cuba menghubungi mangsa selepas mendapati dia tidak hadir ke kelas.

“Bagaimanapun cubaan saksi menghubungi mangsa gagal lalu melaporkan perkara itu kepada pegawai hal ehwal pelajar yang terus melakukan pemeriksaan ke biliknya.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan yang dipanggil mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang merupakan pelajar tahun akhir dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan ada mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gambang, di sini, kelmarin.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah disebabkan jangkitan kuman pada abdomen yang kronik dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×