Keadaan rakyat Malaysia terkawal, tiada sebarang evakuasi

Keadaan rakyat Malaysia di Asia Barat terkawal, tiada sebarang pemindahan dilakukan

MOHAMAD HASAN
MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada rancangan pemindahan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia yang terkandas di Asia Barat ekoran konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebahagian rakyat Malaysia yang berada dalam transit berdepan sedikit kesukaran berikutan ketiadaan penerbangan khususnya ke Jeddah, meskipun ruang udara Arab Saudi masih dibuka.

Menurutnya, situasi itu berpunca daripada kos insurans penerbangan yang tinggi selain terdapat syarikat penerbangan yang menggantung operasi sementara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan masih terkawal. Cuma yang sedikit menyukarkan ialah rakyat kita yang berada dalam transit. Buat masa ini belum ada pelan evakuasi kerana kita sedang meneliti dan memantau keadaan di sana.

“Situasi semasa belum memerlukan kita mengaktifkan pelan evakuasi melibatkan rakyat Malaysia di negara-negara Teluk,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Azahar Hassan mengenai isu rakyat Malaysia yang berada di luar negara khususnya mereka yang dalam perjalanan transit atau menunaikan umrah.

Mohamad berkata, Wisma Putra telah membuka bilik gerakan 24 jam bagi memantau situasi rakyat Malaysia dengan kerjasama kedutaan di negara-negara Teluk dan kawasan berhampiran.

Menurutnya, bagi rakyat Malaysia yang menunaikan umrah pula, syarikat pengendali umrah akan bertanggungjawab memastikan perjalanan mereka berjalan lancar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini