TH pantau krisis Iran, kebajikan jemaah diutamakan

TH pantau krisis Iran, kebajikan jemaah diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memantau rapat perkembangan konflik di Iran yang menjejaskan ruang udara di Asia Barat sehingga menyebabkan semua penerbangan pergi dan balik dari rantau berkenaan digantung buat sementara waktu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, penilaian situasi semasa dilakukan secara berterusan bagi memastikan sebarang keputusan yang diambil mengambil kira faktor keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara.

Katanya, sebarang tindakan susulan akan dibuat berdasarkan nasihat serta maklumat terkini daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi dan Wisma Putra.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra.

“TH ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebahagian besar perkhidmatan pengangkutan udara global mengalami gangguan besar-besaran susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.

Antara pengendali serantau yang mengambil pendekatan itu termasuk Emirates, Qatar Airways, Flydubai, Oman Air, British Airways, Lufthansa serta Malaysia Airlines.

Terdahulu, Malaysia Airline Group (MAG) juga memaklumkan penggantungan semua jadual penerbangan ke dan dari Doha, Jeddah serta Madinah sehingga 4 Mac ini susulan risiko keselamatan di Asia Barat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini