ART: Malaysia-AS bincang minggu depan

ART: Malaysia-AS bincang minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu perbinca­ngan lanjut antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) berhu­bung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan diadakan minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu bertujuan untuk melihat lebih mendalam perkara itu berikutan kerajaan setakat hari ini belum memutuskan apa-apa tindakan dan langkah seterusnya.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang memberikan taklimat terkini me­ngenainya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Datuk Seri Johari telah memaklumkan akan berhubung dengan rakan sejawat dari AS pada minggu depan bagi membincangkan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di sini semalam.

Ditanya sama ada Jemaah Menteri telah memberi apa-apa keputusan mengenai perjanjian itu, Fahmi berkata, tiada keputusan dicapai dan sebarang langkah lanjut akan dibuat selepas pertemuan Johari dengan rakan sejawat dari AS itu.

“Perlu ada mesyuarat itu dulu sebelum sebarang keputusan lanjut diambil,” katanya.

Johari sebelum ini memak­lumkan, kerajaan sedang menilai implikasi keputusan Mah­kamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump itu.

Menurutnya, Malaysia men­gam­­bil maklum mengenai ke­pu­­tusan mahkamah tertinggi AS yang disampaikan pada 20 Februari dan sedang meneliti semula perkembangan undang-undang dan dasar terkini AS.

Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Agung AS telah membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif yang diperkenalkan Trump sebelum ini, dengan memutuskan bahawa Trump tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang AS untuk mengenakan tarif menyeluruh secara unilateral.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini