Tiada keperluan tubuh RCI siasat isu dokumen palsu pemain naturalisasi

Tiada keperluan tubuh RCI siasat isu dokumen palsu pemain warisan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) buat masa ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana proses perundangan serta siasatan oleh pihak berkuasa masih dijalankan.

“Bagaimanapun, sekiranya pada masa hadapan wujud keperluan munasabah untuk penubuhan RCI, perkara tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pemain naturalisasi oleh FAM telah pun diambil tindakan melalui proses siasatan bebas dan perundangan yang sedang berjalan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai sama ada kerajaan akan menubuhkan RCI bagi menyiasat sepenuhnya skandal dokumen palsu pemain naturalisasi dan meneliti kemungkinan wujud unsur rasuah, salah guna kuasa atau campur tangan politik dalam isu berkenaan.

Menurut Saifuddin, FAM telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara bagi meneliti perkara tersebut secara menyeluruh.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut telah menjalankan siasatan awal terhadap dakwaan itu.

“Hasil siasatan mendapati bahawa isu yang dibangkitkan lebih bersifat teknikal serta tidak mempunyai asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

“FAM juga telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), manakala perkara berkenaan masih dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×