Bersatu Dungun bubar, ahli mahu hijrah ‘rumah baharu’

Bersatu Dungun bubar, ahli mahu hijrah ‘rumah baharu’

ABDUL Aziz Ismail (tengah) ketika sidang media di Pejabat Bersatu Bahagian Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun dibubarkan  selepas 1,880 ahli parti itu didakwa  mengisytiharkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, keputusan itu dibuat menerusi satu perjumpaan dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini.

“Semua jawatan kuasa sayap parti iaitu Srikandi, Armada dan Srikandi Muda  bersetuju membubarkan semua jawatan kuasa tiga peringkat ini. Jawatan kuasa yang hadir hari ini sebulat suara setuju kita bubarkan jawatan kuasa Bersatu Bahagian Dungun.

“Semua 1,880 ahli Bersatu daripada 13 cawangan di bahagian ini yang aktif sebulat suara bersetuju keluar daripada parti ini hari ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Abdul Aziz berkata, tindakan itu diambi ekoran mereka hilang kepercayaan dan sokongan terhadap kepemimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah, kita diketuai Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersedia berhijrah ke ‘rumah baharu’. Insya-Allah dalam masa terdekat kita bersama-sama ke rumah baharu dan tunggu pengumuman rasmi daripada Datuk Seri Hamzah,” katanya. 

Sebelum ini, Abdul Aziz merupakan antara sembilan Ketua Bahagian Bersatu yang dipecat oleh pucuk pimpinan parti itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×