Sembilan penyokong Selangor FC disambung rema

Kecoh di Jambatan Angkat: Sembilan penyokong Selangor FC disambung reman

SEMBILAN penyokong Selangor FC disambung reman sehingga esok bagi membantu siasatan kejadian membakar suar di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini membenarkan tempoh tahanan reman terhadap sembilan penyokong Selangor FC yang dipercayai terbabit dalam kejadian membakar suar di Jambatan Angkat, di sini, disambung sehari lagi.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan perintah lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Lanjutan reman berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan perintah reman selama tiga hari sehingga hari ini terhadap kumpulan penyokong pasukan The Red Giants itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 33 penyokong Selangor FC ditahan reman kerana disyaki terbabit dalam perbuatan mengganggu ketenteraman awam, memiliki bahan terlarang serta menghalang tugas penjawat awam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, seramai 412 penumpang yang menaiki 10 buah bas diiring ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada Ahad kira-kira pukul 8 malam bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan serta ujian saringan awal mendapati seramai 33 lelaki tempatan berusia antara 17 tahun hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×