Kemahiran tukang Melayu Terengganu terpahat di Singapura

Kemahiran tukang Melayu Terengganu terpahat di Singapura

KHAZANAH seni ukir dinding Kompleks Istana Sultan Singapura yang dapat diselamatkan oleh Kayuma Industry setelah diarah roboh oleh pemerintah Singapura pada 2011.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kehalusan seni per­tukangan Melayu Terengganu pernah terpahat di bumi Singapura apabila tukang kayu dan pengukir warisan dari Pantai Timur diberi kepercayaan membina sebuah kompleks istana berkonsepkan kesulta­nan Melayu di Geylang Serai.

Pengarah Kayuma Industry, Mohamad Awik berkata, kompleks istana tersebut dibina sebagai pusat perhimpunan masyarakat Melayu Singapura bagi melaksanakan adat istia­dat, majlis keagamaan serta pelbagai acara kebudayaan,

Katanya, dibina di atas kawasan seluas kira-kira dua hektar, istana replika itu dilengkapi balai rong seri, pintu gerbang utama serta rumah pembesar yang mengelilingi bangunan induk, menampilkan seni bina Melayu tradisional yang sarat dengan ukiran kayu halus bertaraf tinggi.

Menurutnya, pembinaan is­tana difahamkan sebagai tan­da penghargaan kerajaan Singapura terhadap sokongan dan pengorbanan masyarakat Melayu kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) serta kepimpinan Perdana Menteri pertamanya.

“Bagi menjayakan pembina­an istana ini, kerajaan Singapura mendapatkan kerjasama kerajaan Malaysia untuk mencari tukang kayu dan pengukir Melayu yang benar-benar mahir dalam seni bina dan seni ukir tradisional,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Peragap, Kerdau, di sini, semalam.

Beliau berkata, antara tukang utama yang terlibat ialah keturunan pengukir kayu tersohor dari Terengganu, Che Long Yusof.

Bagaimanapun, katanya, istana indah itu akhirnya diarahkan untuk dirobohkan selepas tempoh pajakan tanah selama 46 tahun berakhir pada 2011.

Menurutnya, kerajaan Singapura kemudian membuka tender antarabangsa bagi kerja-kerja perobohan istana berkenaan dengan pemenang tender diberikan hak membawa pulang khazanah seni ukir dan komponen seni bina di dalamnya.

“Saya berulang-alik ke Singapura bagi mendapatkan maklumat sebelum ditakdirkan memenangi tender tersebut dengan nilai RM78,000,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Singapura hanya memberikan tempoh tujuh hari untuk membawa keluar barangan berharga termasuk panel ukiran dinding, pintu dan tiang.

“Misi saya selepas itu adalah menyelamatkan khazanah seni ukir ini yang tidak ternilai harganya,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×