Banteras guru agama seleweng ajaran Islam

Banteras guru agama seleweng ajaran Islam

DALAM hal penyelewengan ajaran Islam, selalunya bukan ajaran agama itu yang disalah sebaliknya melibatkan kekeliruan dalam pandangan atau pendapat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ingin membantu pegawai Jabatan Agama Islam dalam menangani isu guru-guru agama yang menyeleweng daripada ajaran Islam, berbekalkan pengetahuan serta pengalaman yang dalam bidang ini.

Saya dilantik mewakili Angkatan Tentera dalam Jawatankuasa Op Sri Aman ‘Rehabilitation’ untuk mengembalikan anggota komunis Sarawak ke masyarakat setelah menyerah diri.

Mereka ini diasingkan dari pengetua mereka untuk diberi keterangan berasingan. Saya menjadi ahli selama tiga tahun bermula 1974 hingga 1976 dan ditukar jawatan ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Kelantan.

Dalam perkhidmatan, saya juga diberi tugas ketua risik. Saya merisik Darul Arqam kerana difahamkan terdapat anggota tentera yang terlibat. Arqam bergerak selama 20 tahun sebelum diharamkan oleh kerajaan. Arqam bermula aktiviti masa rusuhan pada 13 Mei 1996 di Segambut sehingga mendapat pengikut lebih 10,000.

Biasanya, bukan ajaran Islam itu yang disalah tafsir, sebaliknya perkara yang menimbulkan kekeliruan adalah pandangan atau pendapat yang diberikan tuan guru.-UTUSAN

LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN
Ampang,
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×