Op Bersepadu: JPJ sita 21 kenderaan, keluar 382 saman 

Op Bersepadu: JPJ sita 21 kenderaan, keluar 382 saman 

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 buah kenderaan dan mengeluarkan 382 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Dalam operasi bermula pukul 8.30 pagi itu, sebanyak 2,091 buah kenderaan menghala ke selatan tanah air telah diperiksa.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Beliau berkata, operasi tertumpu kepada pemeriksaan dokumen asas pemandu dan kenderaan termasuk lesen memandu, cukai jalan, perlindungan insurans dan pematuhan spesifikasi teknikal kenderaan untuk memastikan keselamatan berada pada tahap optimum.

“Selain tindakan penguatkuasaan, kita turut melaksanakan pendekatan nasihat dan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepentingan keselamatan, disiplin, dan tanggungjawab di jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi, hari ini.

Hamidi berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berkala bagi membentuk budaya pemanduan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Selaras Amanat Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan 2026 ‘Satu Suara, Serata-rata’ setiap tindakan penguatkuasaan dijalankan secara konsisten dan berdisiplin bagi memperkukuh keyakinan pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mematuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, masyarakat juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi seperti aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau e-mel [email protected] bagi membantu tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×