MELBOURNE: Juara bertahan Terbuka Australia, Madison Keys tersingkir daripada kempen mempertahankan gelarannya selepas tewas straight set 3-6, 4-6 kepada rakan senegara, Jessica Pegula di pusingan 16 semalam.
Pertemuan dua pemain Amerika Syarikat itu menyaksikan Pegula tampil lebih kemas dan konsisten manakala Keys bergelut dengan kesilapan sendiri yang akhirnya memakan diri.
Pegula mengakui tahap permainannya berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan apabila mempamerkan keyakinan tinggi, ketajaman membaca bola serta pukulan yang konsisten.
“Saya bermain dengan sangat baik sepanjang kejohanan ini, melihat bola dengan jelas dan memukulnya dengan yakin.
“Saya kekal dengan pelan permainan sendiri, bijak ketika melakukan servis dan berani mengambil sedikit risiko pada servis kedua,” kata Pegula
Kekalahan tersebut menamatkan pertahanan gelaran Keys di Melbourne selepas dia melakukan 27 kesilapan sendiri termasuk enam double foul dalam perlawanan berkenaan.
Sementara itu, Novak Djokovic mara ke suku akhir tanpa bertanding selepas lawannya, Jakub Mensik, menarik diri akibat kecederaan, sekali gus menghampiri gelaran ke-25 Grand Slam beliau. – AGENSI/UTUSAN
CAPTION
Pemain tenis Amerika Syarikat, Madison Keys beraksi menentang rakan senegara, Jessica Pegula dalam saingan puisngan 16 Terbuka Australia di Melbourne, semalam. – AFP










