T7 Global meterai perjanjian tambahan dengan Malaysia Airports

T7 Global meterai perjanjian tambahan dengan Malaysia Airports

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: T7 Global Berhad (T7 Global) menandatangani perjanjian tambahan bersama Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (Malaysia Airports) bagi projek Program Penggantian Aset Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, perjanjian tersebut ditandatangani oleh anak syarikat milik penuhnya iaitu VL T7 Consortium (sebelumnya dikenali sebagai Siemens T7 Consortium) dan T7 Kemuncak Sdn. Bhd. yang telah ditandatangani pada 25 November 2025.

T7 Global berkata, perjanjian tambahan ini menetapkan tarikh siap projek baharu pada suku keempat 2028, selaras dengan keadaan tapak semasa dan keperluan projek.

Katanya, Malaysia Airports, sebagai pihak pemberi kerja bersama VL dan T7 bersetuju dengan pelanjutan ini bagi memastikan penyelarasaan projek berjalan lancar dan projek dapat disiapkan secara berkesan demi kepentingan semua pihak berkepentingan, tanpa menjejaskan hak di bawah kontrak asal.

“Setelah meneliti semua aspek berkaitan perjanjian tambahan ini, lembaga pengarah berpendapat bahawa perjanjian ini adalah adil, wajar dan demi kepentingan terbaik syarikat.

“Selain itu, pelaksanaan perjanjian tambahan ini tidak akan memberi kesan kewangan material terhadap pendapatan, aset bersih, kadar penggayaan, modal saham atau pegangan pemegang saham utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026,” katanya.

Tambahnya, tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat yang mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam perjanjian tambahan ini.

Jelasnya, projek ini dijangka akan mempertingkatkan keberkesanan operasi sistem pengendalian bagasi di KLIA Terminal 1, selari dengan standard antarabangsa dan keperluan masa depan industri penerbangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×