Cincin, butang baju perak bertatah berlian hadiah hari bapa - Utusan Malaysia

Cincin, butang baju perak bertatah berlian hadiah hari bapa

Cincin perak paladium untuk ayah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAPA merupakan seorang wira dan model yang menjadi inspirasi kepada anak-anak.

Ramai dalam kalangan kita terlepas pandang betapa besar dan tinggi jasa serta pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anak termasuk dalam mencorak kehidupan mereka.

Meskipun syurga di bawah telapak kaki ibu, namun bapalah yang menjadi ‘hero’ dan sanggup mengerah keringat dalam memastikan keperluan orang tersayang dipenuhi. Jasa seorang bapa sememangnya tiada tolok bandingnya dan sukar untuk dibalas.

Oleh itu, kita patut merebut apa sahaja peluang, tidak kira bila dan di mana jua untuk menunjukkan rasa penghargaan, kasih sayang dan hormat kita kepada insan yang bergelar bapa ini.

Sambutan Hari Bapa setiap Jun saban tahun kepada lelaki yang bergelar bapa, ayah, abah, papa, baba, abi dan daddy adalah sebagai penghormatan dan peringatan terhadap mereka yang telah banyak berbakti demi kebahagiaan keluarga dan anak-anak yang tersayang.

Meskipun barangan kemas dan perhiasan lebih sinonim kepada golongan wanita, Habib Jewels (Habib) juga tidak melupakan kaum Adam yang menjadi pelindung dan pelengkap sesebuah
keluarga.

Rekaan-rekaan perhiasan eksklusif Habib khusus untuk lelaki amat sesuai dijadikan hadiah pemberian yang sempurna, sama ada untuk bapa, bapa mertua atau suami.

Ia direka teliti menggunakan campuran elemen, warna dan simbol yang tertentu bagi menggambarkan perasaan cinta dan kasih.

Antara yang menjadi tarikan dalam koleksi terbaharu Habib termasuk set Butang Baju Melayu yang diperbuat daripada perak paladium bertatahkan berlian dan batu permata yang penuh kilauan.

Selain itu, penghargaan kepada insan yang bergelar bapa juga boleh dizahirkan dengan
menghadiahkan sebentuk cincin berlian atau batu permata menawan yang tidak menerapkan
unsur emas, sebaliknya menggunakan logam perak paladium. Cincin perak paladium bertatahkan berlian dan permata lelaki dengan rekaan yang sangat moden, maskulin, dan eksklusif yang pastinya akan menggembirakan hati bapa selaku penerimanya.

Habib menawarkan perkhidmatan pembelian barang kemas dan perhiasan secara dalam talian
menerusi laman sesawang Habis di www.habibjewels.com atau menerusi platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Zalora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×