Had umur media sosial 16 tahun dijangka bermula Julai

Had umur media sosial 16 tahun dijangka bermula Julai

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerajaan dijangka akan menguatkuasakan had usia penggunaan media sosial kepada individu berusia 16 tahun ke atas bermula bulan Julai ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata, langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak dan remaja daripada eksploitasi serta pendedahan kandungan tidak wajar dalam talian.

Katanya, perkara tersebut kini berada dalam fasa kajian bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaannya dikuatkuasakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha ini selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA). Perbincangan dengan penyedia platform telah dibuat bagi mengenal pasti pendekatan berkesan.

“Sekarang kita berada dalam fasa ‘regulatory sandbox’ untuk mencari cara paling berkesan dan selamat bagi pelaksanakan pengesahan umur. Ini antara sasaran kementerian tahun ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Malaysia sedang merancang pelaksanaan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026 sebagai menyokong penguatkuasaan had umur minimum 16 tahun bagi pembukaan akaun media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini