Trofi Piala Dunia singgah Malaysia

Trofi Piala Dunia singgah Malaysia

K. Nagulendran (kiri) menerima cenderamata daripada legenda Brazil, Gilberto Silva yang turut bersama dalam siri jelajah Piala Dunia 2026 di Subang SkyPark, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Trofi Piala Dunia singgah di Malaysia selepas kali terakhir dibawa ke negara ini lebih sedekad lalu dalam siri jelajah sempena kejohanan yang akan membuka tirai Jun ini.

Malaysia menjadi antara 30 negara ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang terlibat dalam jelajah piala yang diperbuat daripada emas 18 karat seberat 6.175 kilogram dan paling berprestij tersebut.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menyifatkan ketibaan trofi ikonik itu sebagai detik bermakna buat negara, khususnya komuniti peminat bola sepak tempatan.

Menurut beliau, trofi Piala Dunia akan menjelajah ke 30 negara dengan 75 perhentian sepanjang 150 hari perjalanan merentasi pelbagai benua.

“Dengan penuh rasa bangga, saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menerima kunjungan trofi ini dalam siri jelajah kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×