Suspek bom stesen minyak maut pertempuran lima jam di Yala

Suspek bom stesen minyak maut pertempuran lima jam di Yala

PIHAK berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan susulan pertempuran dengan anggota kumpulan bersenjata di Sateng Nok, Yala, Thailand semalam. – IHSAN PASUKAN KESELAMATAN THAILAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Salah seorang suspek pengeboman 11 stesen minyak di selatan Thailand maut selepas berbalas tembakan hampir lima jam dengan pasukan keselamatan di Mukim Sateng Nok, di sini, semalam.

Suspek, Nasrulleh Samae, dipercayai antara pemimpin utama kumpulan bersenjata yang melancarkan serangan te-rancang terhadap stesen minyak di Narathiwat, Yala dan Pattani pada 11 Januari lalu.

Sumber Pusat Perintah Operasi Keselamatan Dalam Ne­geri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, operasi khas dilancarkan oleh Pasukan Petugas Khas Narathiwat pada 12.20 tengah malam selepas menerima maklumat risikan dan aduan penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan keselamatan men­ge­syaki sekurang-kurang-nya tiga suspek bersembunyi di dalam rumah berkenaan sebelum kawasan itu dikepung dan arahan menyerah diri dikeluarkan.

“Rundingan melibatkan pa­su­­­kan keselamatan dan pemim­pin tempatan berlangsung se­­­hingga kira-kira pukul 3.50 pagi, tetapi gagal apabila suspek bertindak melepaskan tembakan.

“Susulan itu, pasukan ke-selamatan terpaksa membalas tembakan, mencetuskan pertempuran sengit yang hanya berakhir sekitar pukul 8.20 pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sumber memberitahu, pe­me­riksaan lanjut di lokasi mendapati salah seorang suspek terbunuh dalam pertempuran itu manakala dua lagi dipercayai meloloskan diri.

Katanya, kawalan kesela­ma­­­tan di kawasan sekitar di­per­­ketat bagi memburu saki-ba­ki kumpulan bersenjata ber­­kenaan.

Sumber sama menegaskan operasi dijalankan mengikut prinsip hak asasi manusia, mo­ral dan etika, selaras prosedur operasi standard.

“Pemantauan terhadap sasaran berisiko dipertingkatkan berikutan kemungkinan kumpulan itu bertindak balas selepas kehilangan ketua mereka,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tiga wilayah selatan negara ini iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat digegarkan dengan letupan bom melibatkan 11 buah stesen minyak.

Sumber Perintah Operasi Ke­se­­lamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, serangan bom serentak kira-kira pukul 1.04 pagi itu, melibatkan lima stesen minyak PPT di Wilayah Narathiwat, Yala (empat buah) dan Pattani (dua buah). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini