PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi mengukur tahap pembelajaran bagi Tahun Empat dan Tingkatan Tiga mulai tahun ini dan tahun depan.
Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun 2026 bagi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mulai tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula dilaksanakan bagi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah bermula pada tahun 2027.
Beliau berkata, kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat.
Perdana Menteri berkata demikian ketika meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini hari ini. – UTUSAN










